AHLI KUMPULAN:
NORHASYIDAH BINTI MAT SALLEH
NOOR AZAH BINTI ABDULLAH
MOHAMAD TAUFEK MOHD SALLEH
NOR RIHAN BINTI MUKHTAR
Rancangan Pengajaran Harian Matematik
Tahun : 1 Ibnu Sina
Tahun : 1 Ibnu Sina
Bilangan Pelajar : 30 orang
Masa : 60 minit
Bidang : Nombor Dan Operasi
Tajuk : Nombor Bulat Hingga 100
Standard Kandungan : Menama Dan Menentukan Nilai Nombor
Standard Pembelajaran :
(a) Murid akan dapat menamakan nombor hingga 20
(b) Membilang objek dalam kumpulan
(c) Membandingkan dua kumpulan objek untuk menentukan kumpulan lebih
atau kurang 1-20
Bahan-bahan:
Kad imbasan gambar, kad imbasan nombor, bola kecil, pensel warna dan gula-gula.
Set Induksi / Pemerhatian Dan Analisis (10 minit)
1. Murid diminta membuat pemerhatian terhadap bilangan gula-gula dalam sebuah bekas
1. Murid diminta membuat pemerhatian terhadap bilangan gula-gula dalam sebuah bekas
2. Minta murid membuat pengiraan bilangan gula-gula yang ditunjukkan
3. Galakkan murid mengeluarkan idea dan menunjukkan cara membilang yang
betul.
4. Guru menyoal murid tentang bilangan gula-gula yang ada di dalam bekas ini.
5. Tunjukkan dua kumpulan pensel warna dan meminta murid membilang
5. Tunjukkan dua kumpulan pensel warna dan meminta murid membilang
bilangan pensel warna pada setiap kumpulan.
(Guru menyoal tentang bilangan pensel warna dalam setiap kumpulan)
Aktiviti 1 / Penjanaan Idea: (15 minit)
2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid secara individu dan beramai-ramai
berkaitan dengan video tersebut
3. Guru menunjukkan beberapa keping kad gambar, murid membilang dan
menyatakan bilangan.
Aktiviti 2 / Perkembangan Idea: (10 minit)
1. Guru memaparkan kad gambar.
2. Murid membilang satu persatu dan menyatakan bilangan objek yang
terdapat dalam kad gambar tersebut.
Aktiviti 3 / Perkembangan Idea: (5 minit)
1. Guru menunjukkan 2 keping kad imbasan gambar dan meminta murid
membilang dan membuat perbandingan.
Aktiviti 4 / Pengukuhan Idea: (15 minit)
1. Guru meminta murid menyelesaikan lembaran kerja 1.
2. Murid diminta membuat latihan pengayaan seperti yang terdapat dalam
laman web di bawah:
Penutup (5 minit)
1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid secara individu dan beramai-ramai
tentang perkara yang telah dipelajari hari ini.
(a) Apakah nombor yang telah kamu pelajari hari ini
2. Guru menunjukkan video dan murid diminta menyanyi beramai-ramai
mengikut video.
mengikut video.
http://youtu.be/lb1U4ZXwL5Y
How to Use Micro Hair Trimmer (MicroFacial)
ReplyDeleteLearn apple watch series 6 titanium how to use the MicroFacial hair trimmer to everquest: titanium edition change skin shape and color. This titanium shaver product is an ideal for titanium teeth women, with smooth skin micro touch trimmer texture to